Sinar Harian-Jumaat, 08 January 2012
Orang Ramai Puji Tindakan MBSA

Click to see enlarged version
SHAH ALAM:Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengarahkan pegawai serta anggotanya dalam jabatan terlibat untuk turut melakukan kerja pengurusan kutipan sampah dan sisa pepejal di bandar raya ini berikutan aduan yang banyak diterima daripada orang ramai.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata langkah itu dilaksanakan dengan menggunakan sepenuhnya tenaga serta aset yang ada bagi mengurangkan masalah kutipan sampah ini tanpa mengira pangkat serta kos.
Katanya, Unit Pengurusan Sisa Pepejal MBSA menjalankan pemantauan tersebut bagi memastikan sampah dikutip mengikut jadual.
Mohd Jaafar berkata, beliau sendiri turun padang semalam kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga jam 1.30 pagi di Taman Alam Indah, Seksyen 33 di sini, bagi meninjau serta memantau kerja pengurusan kutipan sampah dan sisa pepejal dilaksanakan dengan baik.
"Pegawai serta anggota turut terlibat dalam kerja mengutip sampah bagi membantu melicinkan proses tersebut.