Sinar Harian-Khamis, 06 January 2012
MBSA Jamin Isu Sampah Selesai
-sinar-harian-s.jpg)
Click to see enlarged version
SHAH ALAM:Majlis Bandaraya Shah ALam (MBSA) memberi jaminan untuk memastikan pengurusan kutipan sampah dan sisa pepejal di bandar raya ini sentiasa berada pada tahap terbaik dan dilaksanakan mengikut jadual kutipan ditetapkan.
MBSA dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini pihaknya melantik 69 kontraktor untuk melakukan kerja-kerja kutipan sampah dan sisa pepejal di seluruh kawasan pentadbirannya, mulai 1 Januari lalu.
"mereka yang terlibat terdiri daripada 30 kontraktor sedia ada dan 39 kontraktor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk membantu MBSA melicinkan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal di sini," katanya.
Pemantauan akan dilakukan oleh Unit Pengurusan Sisa Pepejal MBSA untuk memastikan sampah dikutip mengikut jadual dan pihaknya akan bertindak tegas jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan tugas mereka.
MBSA juga tidak akan berkompromi dengan kontraktor yang culas dan tindakan tegas seperti mengeluarkan notis amaran serta pemotongan bayaran kerja akan dilukukan.