Sinar Harian-Khamis, 05 January 2012
MBSA Assures Garbage Collection Services Will Run Smoothly-sinar-harian-s.jpg)
Click to see enlarged version
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mendakwa wujud unsur khianat dalam isu pengutipan sampah di Selangor, susulan masalah rekod pengutipan yang tidak baik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, empat kawasan PBT yang sering berlaku masalah ini adalah di Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Subang Jaya.
Menurutnya, Kerajaan Negeri turut mencadang kan agar PBT memberi imbuhan kepada pemberi maklumat berhubung isu itu supaya memudahkan pihak berkuasa menangkap pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
"Kita mempunyai maklumat bahawa wujud pihak tertentu yang meletakkan sampah dalam jumlah yang banyak dengan sengaja setelah PBT menjalankan operasi pengutipan.
"Selepas itu pula, akan ada pihak yang merekodkan masalah PBT tidak mengutip sampah, oleh yang demikian, pasti wujud satu koordinasi yang sistematik dalam isu ini," katanya kepada media, semalam.